Resepi & Cara Membuat Biskut Semperit Susu

Resepi biskut semperit susu pekat manis merupakan salah satu biskut yang wajib ada ketika hari raya aidil fitri. Bukan hanya biskut nastum, biskut semperit juga merupakan biskut yang lazat. Adakah anda sedang mencari cara membuat biskut semperit lazat dan mudah? Anda berada di artikel yang tepat! Berikut ini kami selaku admin resepibiskut.info akan memberikan maklumat seputar resepi & cara membuat biskut semperit susu.

resepi-cara-membuat-biskut-semperit-susu

BahanMembuat Biskut Semperit Susu

  • 120 gram gula aising
  • 300 (1 1/2 cawan) gram butter
  • 2 kuning telur
  • 4 sudu besar susu pekat manis
  • 200 gram (1 1/2 cawan) tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 100 gram (3/4 cawan) tepung jagung
  • Ceri merah sebagai hiasan, potong kecil
  • 240 gram (2 cawan) tepung gandum

Cara Buat Biskut Semperit Susu

1. Haluskan gula aising dengan butter hingga mengembang, gunakan whisk atau mixer. Hati-hati, jika terlalu lama biskut semperit boleh mengembang.
2. Tambah bahan kuning telur, susu pekat manis, dan esen vanilla ke dalam adunan tadi. Haluskan menggunakan mixer hingga halus dan campur.
3. Tambah sedikit demi sedikit tepung Kastar kedalam adunan tersebut, gunakan spatula untuk mencampur sehingga semuanya menjadi 1 adunan.
4. Tambah juga sedikit demi sedikit tepung jagung kemudian campur hingga menjadi 1 adunan.
5. Terakhir, campurkan tepung gandum kedalam adunan dan campur hingga menjadi doh yang lembut.
6. Biarkan adunan 10 minit, biarkan doh mengembang dan masukkan kedalam peti sejuk.
7. Masukkan adunan kedalam acuan terap bunga dahlia.
8. Hias serta terap bersama potongan ceri.
9. Bakar adunan dengan suhu 150 darjah celcius, bakar selama 20 minit agar matangnya pas.
10. Angkat kemudian sejukkan di atas cooling rack.
11. Masukkan biskut semperit ke dalam tempat yang kedap udara jika sejuk sepenuhnya.

Setelah anda melakukan semua langkah di atas, maka biskut semperit yang anda buat telah siap dihidangkan. Sangat sesuai dihidangkan ketika hari raya aidil fitri 2016

Demikian artikel yang boleh resepibiskut.info berikan, semoga bermanfaat untuk anda. Jangan lupa untuk selalu melawat blog ini untuk mendapatkan update maklumat terkini tentang resepi biskut. Terimakasih dan sampai jumpa di lain artikel.

Pencarian resepi terkini:

  • resepi biskut jintan sukatan cawan
  • resepi kuih semperit chef wan
  • resepi semperit susu azlita
  • biskut semperit sukatan cawan
  • resepi kuih mor oreo
  • biskut bangkit bugis
  • semperit susu azlina ina
  • semperit susu azlita
  • resepi biskut semperit chef wan
  • resepi semperit susu azie kitchen
Resepi & Cara Membuat Biskut Semperit Susu | Syatama Ginola | 4.5