Resepi Biskut Kelapa Mudah dan Paling Sedap

Resepi Biskut Kelapa – Biskut sekarang ni sangat mudah didapati . Tak perlu tunggu nak raya . Tapi kalau nak cuba buat sendiri , itu lebih jimat. Yang penting anda tahu resepinya. resepi biskut kelapa rangup. Di zaman dahulu , nak buat biskut kelapa gunakan kelapa yang diparut selepas itu di sangan ( goreng tanpa minyak ) sehingga garing . Selepas itu , ditumbuk .

Zaman sekarang pula , untuk menghasilkan biskut kelapa , anda cuma perlu beli kelapa parut dalam tin . Keluarkan dan kisar . Betapa teknologi itu memudahkan kita. beda dengan resepi biskut kelapa kering.

resepi biskut kelapa

resepi biskut kelapa

Resepi Biskut Kelapa Rangup Sukatan Cawan

Untuk menghasilkan biskut kelapa sukatan cawan ni mudah sahaja. Berikut adalah resepi biskut kelapa sukatan cawan yang mudah.

Jumlah Hidangan : 100 biji

Bahan-Bahan resepi biskut kelapa tradisional :

  • 250 gram mentega
  • 80 gram (2/3 cawan) tepung jagung, diayak
  • 250 gram (2 cawan) tepung naik sendiri, diayak
  • 120 gram (kurang sedikit 2/3 cawan) gula kastor
  • 2 biji telur kuning
  • 2 sudu teh pandan paste
  • 1/2 sudu teh esen pandan
  • 80 gram (1 cawan) kelapa kering, kisar halus
  • Kelapa kasar untuk hiasan
  • Telur putih untuk hiasan
  • Ceri merah untuk hiasan (optional)
  • Coklat cair untuk hiasan (optional)

Cara membuat resepi biskut kelapa kering :

  1. Putar mentega dan gula sehingga sebati, cukup sehingga mentega bertukar menjadi kuning pucat.
  2. Masukkan kuning telur, esen pandan, pandan paste, dan pewarna hijau. Putar sehingga sebati.
  3. Jika anda menggunakan mixer, pastikan mengacau di bahagian bawah mangkuk mixer dengan spatula supaya adunan betul-betul sebati.
  4. Masukkan kelapa kering yang dikisar, diikuti tepung jagung dan tepung gandum.
  5. Kacau sehingga mendapat doh yang lembut. Tambahkan sedikit tepung jika doh agak lembik, tetapi jangan terlebih tepung.
  6. Rehatkan doh selama 10-15 minit.
  7. Canai doh dan terap mengikut acuan pilihan anda. Sapu bahagian atas dengan telur putih dan taburkan dengan
  8. kelapa kering. Boleh juga ditelangkupkan bahagian atas biskut di dalam bekas yang ditaburi kelapa kering. Hiaskan dengan ceri (jika suka).
  9. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160 darjah celcius selama 20 minit.

Tips :

Jika anda ingin hiaskan dengan cairan coklat, biskut hendaklah dibakar dan disejukkan terlebih dahulu. Coklat perlu dicairkan dengan menggunakan kaedah double boiler. Masukkan coklat cair dalam piping bag dan potong muncung beg sedikit sahaja.


Baca Juga : Resepi Biskut Arab

Pencarian resepi terkini:

  • resepi biskut kelapa tradisional
  • kuih bangkit bugis
  • resepi kuih bangkek bugis
  • resepi biskut bangkek
  • resepi biskut kelapa nestum
  • resepi kuih bangkek kelapa
  • cara buat kuih bangkek
  • resepi bangkek bugis
  • biskut bangkek
  • bangkit bugis
Resepi Biskut Kelapa Mudah dan Paling Sedap | Syatama Ginola | 4.5