Resepi Biskut Cornflakes Rangup

Resepi Biskut Cornflakes Rangup – Assalamualaikum. Kali ini, admin nak posting tentang resepi dan cara buat biskut cornflakes rangup. Biskut Cornflakes cara membuatnya mudah, dan hasil masakannya sangat sedap. Teksturnya sedikit lembut di dalam, dan rangup di luar. Anak-anak senang jika dihidangkan di hari raya.

Resepi Biskut Cornflakes Rangup

Resepi Biskut Cornflakes Rangup

Masa penyediaannya 15 menit, memasaknya memerlukan masa 15 menit, keseluruhannya dalah 30 menit.

  • 1 Sudu Teh Esen Vanilla
  • 1/2 Cawan Tepung Jagung
  • 3/4 Cawan Cornflakes Kasar (Hancurkan)
  • 1/2 Cawan Cornflakes Halus (Kisarkan)
  • 1 Buku Buttercup (250g)
  • 2 1/2 Cawan Tepung Gandum
  • 1/2 Sudu Teh Baking Powder
  • 1 Biji Telur
  • 1 Cawan Tepung Naik Sendiri
  • 1 1/4 Cawan Gula Kastor

Cara Buat Biskut Cornflakes Rangup

  1. Pukul-pukul gula kastor serta buttercup hingga mengembang
  2. Masukkan esen vannila dan juga telur kedalam adonan, kemudian pukul sampai sebati dan mengembang.
  3. Masukan semua cornflakes, tepung dan juga baking powder. Pukul terus sampai sebati, akan tetapi pukul dengan perlahan.
  4. Pastikan adonan menjadi doh bila digenggam, jika lembik, masukan kembali tepung gandum sikit demi sikit dan pukul kembali agar menjadi doh yang tidak lekat dalam tangan.
  5. Leper dan bulatkan doh, taruh kepingan cornflakes di atasnya.
  6. Susunkan adonan tersebut pada loyang kemudian bakar dengan suhu 180 derajat dengan masa 10-15 minit.

Tips:
Selepas 15 minit di dalam oven, biskut agak lembik. Tetapi tidak apa, kerana semasa proses penyejukan akan berubah tekstur biskut kek di bahagian dalam dan rangup di luar.

Sangat senang bukan? Biskut cornflakes rangup cocok dihidangkan ketika hujan atau ketika sedang hari raya. Demikian artikel tentang Resepi Biskut Cornflakes Rangup. Semoga dapat menjadi referensi Anda dalam membuat biskut cornflakes yang rangup. Selain artikel ini, Anda juga bisa membaca artikel tentang Resepi & Cara Buat Biskut Nestum Sedap.

Pencarian resepi terkini:

  • biskut cornflakes madu tanpa bakar
  • biskut cornflakes rangup chef wan
  • azlita masam manis biskut nestum
  • resepi biskut cornflakes rangup chef wan
  • kuih mor cornflakes
  • resepi biskut raya chef ismail
  • resepi kuih mor
  • resepi kuih mor cornflakes
  • resepi kuih mor simple
  • resepi cornflakes coklat chef wan
Resepi Biskut Cornflakes Rangup | Syatama Ginola | 4.5